FunGKuR FM Malaysia Online Radio

FungkurFM

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, December 24, 2008

vss / asb / od

aduhaiiiii!!!
'Tepuk dahi kawan teman, teduduk terus tak de arah , menangis tak berlagu.'..
'Apahal?' tanye teman.
'Aku kene ambik vss, majikan aku kat kilang *** kat shah alam tu nak tutup dah.'
'Hmmmmm.... lagu tu kaaa..., abih apa perancangan ?' tanye teman.
'Niiii lah naik buntu aku memikir nih... nak cari kerja lain tu memang boleh , tapi takut gaji tak setimpal, maklumlah umur aku dah masuk 37, komitmen banyaklah jugak, rumah, kereta, anak sekolah, hutang bank, fuhhhhhhh.........'
'Berapa vss dapat ? 'tanye teman.
'dalam 40k ..' ringkas jwp kawan teman nih.
'Ok la tu... banyak tuhhh'... kate teman.
'Banyak apa setahun lebih je abih..' kate dia.
'Ada buah pikiran ke? 'sambung nyer bertanye.
'Ada 'jawap teman.
' Apa dia ? ' tanyer dia.
" ASB hang ada berapa ? tanye teman.
' Tak banyak dalam 24 k jer" katenyer.
'Mak datuk banyak tuh , berapa kau simpan sebulan kat asb? ' tanyer teman.
' Dalam 100 - 200 sebulan , aku dah kojer kat kilang tu dekat 10 tahun dah. ' jwpnyer.
' Cantikkkkkk..... nak tak aku bagi satu jalan kat kau dengan berbekalkan duit ASB + VSS tu kau boleh dapat keuntungan setiap tahun, dijamin oleh kerajaan.?' kate teman.
' NAKKKK......APA DIA ? ' tanye dia.
' Rileklah brader nanti teman cereta.' jwp teman.
'Bila ....? ' tanye dia.
' Tahun depan lah, sebab aku dah start cuti 25hb-1hb 2009' kate teman.
'Habih tu camna nih?' tanye dia.
' Kau start berenti kojer bila ?.' tanyer den.
' Hujung bulan 1 2009.' katenyer.
' hek elah lambat lagi tuuhhhh.. adiozzz nanti kite r jumpa lagiiiiii

Wednesday, December 17, 2008

nak beli rumah tapi tak layak

Pagi ni, den dapat satu sms ucapan terima kasih tak terhingga dari sorang teman den sebab katernye pasal den punyo idealah dia dapat beli rumah idaman tak seberapanyer.
Den kato jgn timekasih kat den banyak sangat, den bagi idea jer yg lain dia usahakan sendiri,janji jangan putus asa dan banyak berdoa kepada yg maha esa.
Lepas pada tu den teringat cereta 9 bulan lepas, cetenyer cam ni: teng teng teng......( cam ceter melayu lama lak ).......

Pagi nih kawan den sorang ni sonyap jer, ader gusar diwajahnyer( cewah cam novel lak ).
Den tanyo apa hal cam ayam berak kapur jer.
'' Ni hah bank tak aprrove nak beli rumah teres ,'' katenye lemah.
''Apasal tak approve ?'' tanyer den.
''Pegawai bank tu kater komitmen dia dah 48%, takut tak terbayar nanti, alamat tak berumah ler aku'' katernye.
''Org rumah tak kojer ker? '' tanye den.
''Tak ,tapi ade ler bisnes sikit2.'' katernye.
''KOcik jer masalah ni . '' kate den.
'' Camno?'' tanye kawan den.
" Nih rumah baru ke ? atau rumah secondhand ?'' tanye den.
'' Rumah secondhand, org tu nak jual 98k " katenyer.
'' Urgentke tuanrumah nak let go rumah tu ? " tanyo den lagi.
" Tak, tuan rumah tu sedara aku, dia nak jual kat aku sorang jer sebab sedara '' jawapnyer.
" Cantik, kau sanggup tunggu 7 - 10 bulan tak?'' tanyo den.
" Ade jalan baik ker? tapi saham2 cepat kaya, mlm ker , tak nak ler aku." jawapnyer.
"Siotttt la kau ni, ini bukan saham @ mlm, ini lain , takdekene -mengene gam meda tu semua?. kata den.
" Camno?".tanya kawan den.
" Orang rumah jual apa?" tanye den.
" Macam2 org rumah jual, dari kopi radix, alfio rado, santini, avon, alpa lipid,kek coklat , pendek kate apa sahaja yg mendatangkan duit .'' katenyer.
" Ok , habih duit customer yg bayar tu kau letak kat mane?" tanye den.
" Takde kat mane2, duit cash keuntungan yg tak seberapa tu masuk beg duit dia la, ada apa2 hal pakai ler." jawapnyer.
" Adoiiiiilaaaaa... apala hang nih , napa tak bokak akaun org rumah ?.'' kate den.
" Mana la aku tahu, lagipun untung yer setakat 2-3 ratus jer sebulan.'' katenyer.
" Camni lah , esok kau ambik cuti, ade mende yg kau kene buat." kate den.
" Nak ambik cuti buat hapaa...?. " jawapnyer.
" Eh.. kau ni, nak rumah ker tidak nih ?." sergah den.
" Nak ... nak....heh ...heh..." jwpnyer.
" Orait cam ni :
1) Kau pegi mana bank yg kau suka , kau bokak akaun simpanan , ikut suka atas nama kau atau org rmh kau, rasanyer dalam 250 hinggit kot.
2) Kau pegi SSM Shah Alam ( kat alam sentral ), buat syt enterprise TAPI ingat nama syt enterprise tu mesti ikut nama akaun bank yg baru kau bukak tadi. Contohyer Abdulahienterprise . Rasanyer dalam 60 - 80 hinggit lah kosnyer. Kau letaklah kat dalam borang tu yg syt kau jual barangan kesihatan, barangan kulit, barangan kecantikkan dan bermacam2 lagilah ikut apa yg org rumah jual.
3) OK , bila dah siap ( rasanye dalam masa 2-3jam ).....

" Nanti dulu SSM tu apa?" tanyer dia.

" Eikkkk... jangan menyampuk org tengah tengah cerite ni, apa laaaaa...., SSM tu ialah
Suruhanjaya Syt Malaysia lah." kata den.

4) OK, sekarang bulan 1 kan, hujung bulan nih bila kau dapat jer gaji, jgn pakai dulu, kau ambik semua dalam akaun tu, kau masukkan kat dalam akaun yg baru bukak tu, lepas 1 hari kau pakai ler cam biasa. Ada paham.... Kau ulang mende ni sampai bulan 10 nanti"

" Paham." ringkas jawapanyer.
" Nanti, aku ada kemuskilan sikit, apa ke jadah aku nak buat mende ni sampai 7-10 bulan, apa paedahnyer???? kompius kompius!!!!!." tanye dia.

" Besar paedahnyer, mende ni akan malayakkan kau membeli rumah yg kau nak tu." balas den.
" Camne, tak paham lagi nih. " tanye dia.
" Hmmmm..... cam ni, gaji kau berapa sekarang?" tanye den.
" Mana boleh bagitau, konpidensial." kate teman den nih.
" Roughly jer la, berapa ? tanye den.
" 2.6 k++ pokok, bersih dalam 1.8k++ jer." jawapnyer.
"Camni, cth ari ni dapat gaji 1800 hinggit, keluarkan semua , kemudian masukkan kat akaun satu lagi 1800 hinggit. Setelah 10 bulan kau bawak statement ni ker bank kau kater nak beli rumah, kalau pegawai bank tu tengok gaji kau sure dia kate komitmen dah banyak, kau pun keluarkan lah sijil syt enterprise kau tu, kater kat pegawai yg cantik manis tu kau ada side income lain, bila pegawai tu tanyer side income camna, kau citer ler ada buat bisnes kecik2, pegawai tu akan mintak bukti pendapatan side income ni, HAH... masa nilah kau keluarkan sijil syt kau, dan transaksi akaun yg 10 bulan tu, banyak tu bang gaji 1800+1800 = 3600 hinggit.
Jadi sekiranyer diizinkan tuhan yg rumah tu memang rezeki kau maka dapat ler kau loan utk beli rumah tu, WASALAM." kate den.
" Bolehker ?" tanye die.
"Try ler , tak try tak tau." kate den.
" OK selesai masalah , dah jangan nak termonung jer, tak jadi satu kojer pun." sergah den.
" OK, jom aku belanja lunch ni. " kate die.
" OPPPPsssss.... den cuma nak tolong jer , kalau nak belanja sangat , nanti lepas kau dapat loan rumah nanti kau belanje den." celah den.
" Satu lagi soklan, nanti kalau lepas loan , cam ketat jer bajet aku nak bayar bulan2, tapi terpaksa beli rumah gak sebab umor aku pun dah 35 tahun." tanyer die.
" Hek eleh... tadi dia yg beria2 nak beli rumah, akuan 2 KWSP ada berape ? " tahye den.
" Dalam 20 k lebih.'' jwp die.
" Ok la tu, nanti kalau loan ( bank bagi 100% sebab hg bawah 100K )dah lulus KWSP boleh bawak keluar 20 k tu, Bila duit tu dah masuk akaun kau nanti jangan dok berjoli lak, ambik duit tu buat bayar bulan rumah kau, dalam pengiraan den 20 k tu tahan 2 ke 3 tahun bayaran rumah kau, pas 2-3 tahun tu kau isi ler borang keluarkan akuan 2 lagi. Apa raaaaa kicik punyer hal ler. OK bai bai, yg penting usah dok berangan pi buat apa yg den suruh tadi." kate den.

Tergelak den depan pc nih hah bila ingat balik masa tu, TAPI YG PENTING TENGAHARI NI DEN DAPAT MAKAN PERCUME LER, TEMAN DEN TADI NAK BELANJA, REZEKI, REZEKI ALLAH. AMIN.

Sunday, December 14, 2008

duit back up

Salam semua,
ramai yang bertanya kat den camno mende duit back up ni beroperasi.
ada yg tanya kalau dah pakai camne nak bayar, bayaran dia fixed ker, ada jadual pembayaran ker, ada juga mat - mat kereta kat opis teman yang berkira2 nak tukau itu dan ini.
Tapi teman dah cakap kat deme semua, duit ni bukan utk berjoli tapi untuk kecemasan.
Apapun teman dah nasihat kalau jadi apa2 teman idokler bertanggungjawap.
OKlah teman nak kaborkan camna mende ni berjalan:

Contah:
1) CIMB - 10ribu hinggit.
Pegawai bank tu cakap, kalau kita pakai duit tu bank takkan letak bayaran fixed dia, ikut suka kita nak bayar berapa.
Contohnyer En ali ( bukan nama sebenar ) mempunyai Flexi cash CIMB sebanyak 10 k, tetiba kereta dia rosak, duit lak takde maklumlah baru pas raya haji, anggaran kerosakkan ialah dalam 1000 hinggit, Ali akan mengeluarkan 1000 hinggit dr cimb, bulan hadapan bil yg sampai menyatakan akaun balance dlm 9 k, dah pakai 1k, bil akan menyatakan jlh perlu dibayar ialah 20 hinggit, kalau ali takde duit juga bulan keduanye itu, tak payah susah2, bank akan menolak dari baki di bank yg 9 k tadi begitulah ia berulang utk ke bulan seterusnye. Tapi dinasihatkan bayoorjela baki itu. Cuma kalau betul2 kesesakkan tahap cipan, apalah sangat 20 hinggit tu kalau dibiarkan sampai hujung tahun, coz bila hujung tahun kalau kojer gomen cam aku ni hah akan dapat bonus 1 bulan gaji, hah.. time tu bayorjerler, jgn tak bayor lak.

2) OCBC-5 - 6 k
Bank ni siottt sikit, kalau guna duit depa sama jer cam cimb TAPI kalau guna, dia ada bayaran fixed bulanan.

oklah teman ada meeting jap, nanti teman sambnung balik.
Adiozzzzz......

Thursday, December 4, 2008

bonus 2 kali

salam di petang hari.

siap jugak semua kojer aku ari ni.. ( macam ler ader kojer ).
Ari ni ada 2 good news utk aku,
1) suratkabor ari ni PNB bagi 8% keuntungan ASB - alhamdulillah - riban2 mari.
2) majikan kesayangan aku umumkan esok diulangi esok ex gartia masuk - riban ler jugak.

Fuhhhh.... lega sikit boleh buat raya.

Wednesday, December 3, 2008

duit emergency/backup 15 ribu hinggit

salam semua,

hari aku nak cete sikit sesapa yang tak ada duit kecemasan , jangan bimbang.

Kat malaysia ni ada 2 buah bank menyediakan program ini. TApi ada kelas2 dialah,

1) untuk gaji yang kurang 2000 - anda boleh dapat 5-6 ribu dalam masa 1-2 bulan , tanpa menyimpan.

2) untuk gaji 2 ribu keatas anda boleh dapat 15 - 16 ribu dalam masa 1-2 bulan.

Ini betul - betul ni bukan cobaan, kater filem melayu kita.
OK ini cara mende tu berjalan, biasanyer kalau kita buat loan bank kiter terpaksa bayaq bulan2
, pakai ke tak pakai ke , tetap , wajib dan bukan sunat tau , mesti kener bayaq. Tapi program ni
bank bagi kiter duit kalau kiter pakai baru kener bayaq ,kalau tak bank tak kacau kiter pun.
Contoh . Bank bagi aku ( dah bagi pun ) 10k , masuk akaun aku, tak ada cas pengurusan, tak ade duti stem dan macam2 cas lagi. Aku dapt full 10 k. Kalau aku tak pakai setahun pun bank tak kacau, betulllll niiiii..... Buat masa sekarang aku ada 16 k dalam tangan , tapi aku tak pakai ler.
Aku tunggu betul2 emergency baru pakai. HAH kan sonang tu tak yah pikir dah tup - tup den ado 16 ribu hinggit.
Nak tau bank mana jawapnyer ialah CIMB dengan OCBC. CIMB - FLEXI CASH, OCBC - POWERCREDIT. Tapi CIMB tu kena gaji 2k keatas ler. OCBC caro 1500 pun boleh.
OK, nak buat kojer dah, by.


Tuesday, December 2, 2008

hutang oh hutang

Salam perkenalan,

Duit kater orang melayu, money kata omputeh. Duit berkait rapat dengan life kite semua termasukler aku. Kredit dalam bahasa halusnyer , hutang dalam bahasa kasarnyer.
Aku rasa ramai kat luar sana yang berhutang, agak jarang yg tidak berhutang langsung.
Cuma yang membezakan individu dengan individu yg lain ialah samada hutang yg tinggi dan hutang yg minimal. Nak kata suka berhutang tak jugak tapi cam aku ni terpaksa berhutang.
Lepas habih jer pengajian di uitm shah alam, aku dah start buat hutang. Dapat kojer tapi tak ada
kenderaan, apa lagi beli keter - hutang yg pertama dalam idup aku. Hutang yg kedua , heh heh biasalah KAD KREDIT. Hutang ketiga - personal loan ( itu dulu la, zaman jahiliah ) sekarang dah tukar nama jadi islamic, PEMBIAYAAN namanyer (oklah tu tak terlibat dah dengan riba ) amin.
Sampai ler sekarang idup aku ni penuh gan hutang ( tapi semua aku dah tukar ke islamic) ikut cakap ustaz zaharuddin. Semakin lama semakin lemas aku dibuatnyer, maklumlah perbelanjaan naik, gaji ciput ( tapi aku bersyukur) realitinyer cukup bulanjer duit mesti ngam2 habih. Tak boleh jadi ni, duit simpan utk emergency, pegi haji lansung tak ada. Hutang kad kredit biasala melambung setiap bulan, asyik bayaq minima jer pas tu pakai balik. Last sekali 2 tahun lepas hutang aku dah meletup, bil api ,air bayaq 2 kali sebulan, keter sangkut, kad kredit sangkut, macam2 lagi ler sangkut. Ni semua kerana aku duk kat seksyen 7 shah alam kojer kat klia, hari2 berulang 200km , mana duit minyak, tol lagi . Mungkin ada yang kater aku gila, " sapa suruh hang duk kat shah alam kojer kat klia, padan ler muka hang." Tapi nak buat cam mana org rumah kojer kat seksyen 7 shah alam , kerani jer ler. Time tu aku masih boleh bertahan tapi bila dah dianugerahkan oleh allah yang maha esa iaitu zuriat, kepala aku mula memikirkan masalah yg bakal timbul. Dari segi kewanganyer, sapa nak jaga anak aku, susu ,pampers , fuhhhh!!!! bengong ler kejap . Tapi kata ustaz anak itu rezeki allah, ada bahagianyer, kata ustaz di surau. Aku anggukkan sajer.

Akhirnyer aku nekad pindah rumah dekat tompat kojer, pehhhhh..... jimatnyer . Minyak 1 minggu sekali letak, tol langsung tak ade.
Tapi yg tak berapa bestnye org rumah kener berenti kojer, hilang dalam 9 ratus. Yang oknyer anak , org rumah yg jaga ( save duit nak bayar babysiter).
Bila dah senang biasaler mula lah lupa diri , aku menambah utang lagi. " gali lubang tutup lubang, pinjam uwang bayar hutang " kata salih yacob. Tahun 2007 sedar tak sedar utang dah bertimbun, rasanyer dah macam KLCC dah. Mula lah berpeluh ajer , jap -jap bank ni call, jap - jap bank tu pulak call. Tak leh jadi ni, nak tak nak aku nekad buat satu solution yg kekawan aku dengor sah diaorg kaer aku gila, tapi nak buat camne, aku teruskan jugak. Sehinggalah sekarang semua hutang2 kad aku dah abih. duit simpan emergency ade sikit dan ASB aku nak kata banyak tak jugak , nak kater sikit banyak ler jugak. ( puluh riban ler jugak - hahahahah-bongkak ).
Tapi itulah, semua kater aku gila, pada aku biarlah org nak kater aku gila janji aku tak menyusahkan org, tak mencuri,tak pecah amanah,tak rasuah , yang aku tahu menyusahkan bank2 di malaysia ni.
Setelah diselidiki ropanye ada produk di bank ni tak diwar2kan kepada umum ,
" bank untung sikit " kata pegawai bank tu, sebabtu lah tak diwar2kan. Hampeh betul, teringat dulu( masa hutang asyik lewat jer ) bila masuk bank nak bayaq macam ape jer layan kita, sekarang jejak je kaki kat bank tu, pegawai tu siap panggil , " halo bos , apa macam , mau ka ini ada produk baru, untung punyer. " macam dia tahu jer kita ada banyak duit ( ahahahah - bongkak lagi ).
Alamak dah nak balik kojer ler, nanti lah aku sembang lagi cam mana aku keluar dari kepayahan, kesengsaraan menenggung hutang ni.
Ok salam perkenalan semua.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More