FunGKuR FM Malaysia Online Radio

FungkurFM

Tuesday, December 2, 2008

hutang oh hutang

Salam perkenalan,

Duit kater orang melayu, money kata omputeh. Duit berkait rapat dengan life kite semua termasukler aku. Kredit dalam bahasa halusnyer , hutang dalam bahasa kasarnyer.
Aku rasa ramai kat luar sana yang berhutang, agak jarang yg tidak berhutang langsung.
Cuma yang membezakan individu dengan individu yg lain ialah samada hutang yg tinggi dan hutang yg minimal. Nak kata suka berhutang tak jugak tapi cam aku ni terpaksa berhutang.
Lepas habih jer pengajian di uitm shah alam, aku dah start buat hutang. Dapat kojer tapi tak ada
kenderaan, apa lagi beli keter - hutang yg pertama dalam idup aku. Hutang yg kedua , heh heh biasalah KAD KREDIT. Hutang ketiga - personal loan ( itu dulu la, zaman jahiliah ) sekarang dah tukar nama jadi islamic, PEMBIAYAAN namanyer (oklah tu tak terlibat dah dengan riba ) amin.
Sampai ler sekarang idup aku ni penuh gan hutang ( tapi semua aku dah tukar ke islamic) ikut cakap ustaz zaharuddin. Semakin lama semakin lemas aku dibuatnyer, maklumlah perbelanjaan naik, gaji ciput ( tapi aku bersyukur) realitinyer cukup bulanjer duit mesti ngam2 habih. Tak boleh jadi ni, duit simpan utk emergency, pegi haji lansung tak ada. Hutang kad kredit biasala melambung setiap bulan, asyik bayaq minima jer pas tu pakai balik. Last sekali 2 tahun lepas hutang aku dah meletup, bil api ,air bayaq 2 kali sebulan, keter sangkut, kad kredit sangkut, macam2 lagi ler sangkut. Ni semua kerana aku duk kat seksyen 7 shah alam kojer kat klia, hari2 berulang 200km , mana duit minyak, tol lagi . Mungkin ada yang kater aku gila, " sapa suruh hang duk kat shah alam kojer kat klia, padan ler muka hang." Tapi nak buat cam mana org rumah kojer kat seksyen 7 shah alam , kerani jer ler. Time tu aku masih boleh bertahan tapi bila dah dianugerahkan oleh allah yang maha esa iaitu zuriat, kepala aku mula memikirkan masalah yg bakal timbul. Dari segi kewanganyer, sapa nak jaga anak aku, susu ,pampers , fuhhhh!!!! bengong ler kejap . Tapi kata ustaz anak itu rezeki allah, ada bahagianyer, kata ustaz di surau. Aku anggukkan sajer.

Akhirnyer aku nekad pindah rumah dekat tompat kojer, pehhhhh..... jimatnyer . Minyak 1 minggu sekali letak, tol langsung tak ade.
Tapi yg tak berapa bestnye org rumah kener berenti kojer, hilang dalam 9 ratus. Yang oknyer anak , org rumah yg jaga ( save duit nak bayar babysiter).
Bila dah senang biasaler mula lah lupa diri , aku menambah utang lagi. " gali lubang tutup lubang, pinjam uwang bayar hutang " kata salih yacob. Tahun 2007 sedar tak sedar utang dah bertimbun, rasanyer dah macam KLCC dah. Mula lah berpeluh ajer , jap -jap bank ni call, jap - jap bank tu pulak call. Tak leh jadi ni, nak tak nak aku nekad buat satu solution yg kekawan aku dengor sah diaorg kaer aku gila, tapi nak buat camne, aku teruskan jugak. Sehinggalah sekarang semua hutang2 kad aku dah abih. duit simpan emergency ade sikit dan ASB aku nak kata banyak tak jugak , nak kater sikit banyak ler jugak. ( puluh riban ler jugak - hahahahah-bongkak ).
Tapi itulah, semua kater aku gila, pada aku biarlah org nak kater aku gila janji aku tak menyusahkan org, tak mencuri,tak pecah amanah,tak rasuah , yang aku tahu menyusahkan bank2 di malaysia ni.
Setelah diselidiki ropanye ada produk di bank ni tak diwar2kan kepada umum ,
" bank untung sikit " kata pegawai bank tu, sebabtu lah tak diwar2kan. Hampeh betul, teringat dulu( masa hutang asyik lewat jer ) bila masuk bank nak bayaq macam ape jer layan kita, sekarang jejak je kaki kat bank tu, pegawai tu siap panggil , " halo bos , apa macam , mau ka ini ada produk baru, untung punyer. " macam dia tahu jer kita ada banyak duit ( ahahahah - bongkak lagi ).
Alamak dah nak balik kojer ler, nanti lah aku sembang lagi cam mana aku keluar dari kepayahan, kesengsaraan menenggung hutang ni.
Ok salam perkenalan semua.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More